Tuesday, 19 March 2013

Berkira dengan Allah??


Berkira dengan Allah.
How dare you????

Ya.Ya dan ya. Tanpa kita sedar, kita ni sangat kedekut apabila melibatkan perkara berkaitan ibadah, melibatkan hubungan kita dgn Allah. Tak percaya? We’ll see, we'll see.

“Okay.Aku baca Quran 10 muka siap2 skrg, pas isyak tak yah baca dh, bole trus ready nk study.”
 
“ Nak buat Dhuha ke tak ni.. Lecehlah nk kene bukak lilit2 ni..nak pakai balik mahunye miss 15 minit lecture” –strictly for girls ya ^^V
 

-“nak makan ke nak dhuha.nak makan ke nak dhuha. * sambil cabut kelopak bunga tepi jalan* makan.dhuha.makan.dhuha.makan.dhuu….
-oit zac,jom makan.
-ok jom. *bunga ditabur di atas jalan*

“ Tadi aku dah buat qabliah Zuhur,tak yah koooot buat ba’diah..”
“Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, pensyarah2ku, kawan2ku, serta semua muslimin dan muslimah. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi Maha penyayang. Aminn” 

-amboi,ekspres kau  doa.
-oh. Maghrib tadi aku dh doa panjang. Oklah tu..
 
“Mutabaah amal kali ni kata qiam at least sekali seminggu. Aku dah buat semalam.haa jadi..malam ni boleh tidur lambat ah..set alarm kul 6.30.”
-Ohoii~~ jom baca mathurat jom!
-oh xpela..aku dh baca lepas subuh tadi. Sama je..
_______________
 

Wow! Now do you believe me? Haa haa yang blakang tu. Takyah nak malu2 la…mengaku je..kita semua pernah buat at least salah satu daripada di atas. Klu tak satu, dua,kalau tak dua.semua.
Jom istighfar jom. *hafiz hamidun style*
Kenapa begini??Sapa ajar kita jadi berkira sgt dgn Allah ni?Abang kita?Ibu kita?Kekasih tak berapa nak halal kita?Nabi?nauzubillahimindzalik. Dah dah. Toksah duk tuding jari kat orang. Ketahuilah bahawa our actions are controlled but none other than ourselves. Maka dengan itu saya jatuhkan hukuman bahawa kita bersalah atas sikap berkira2 kita. 

Yang paling sadisnya, kita saaaaaaaaaaaaaaaangat berkompromi dengan perkara2 lain, terutama sekali perkara keduniaan.Tetapi bila mai hal ibadah, bukan main lagi jadi pakar matematik, main kira-kira. Siap calculate berapa banyak rakaat kita dah buat, berapa banyak mukasurat al-Quran kita dah baca. Apa ni….?Tak malu ke kita berkira dengan Allah,tuhan yang mencipta kita.
Kalau dengan kawan-kawan, bukan main malu lagi nak berkira. Nak mintak hutang 10 hengget pun segan, sebab takut kawan cop kita ni berkira. Kalau suruh buat keje2 volunteerism laju je setuju walaupun assignment bertimbun.hanya sebab taknak manusia pandang serong pada kita. Pandangan Allah ada kite kisah?
Juga kejam, apabila kita berkira dengan kedua-dua ibu bapa kita; orang yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul serta Al-Quran.
-"Titoooooo!! oooooo Tito! Angkat kain jemuran..Hujan nak turun tuuuuu"
-"Alaaaaaa suruhla Tini...Tadi Tito yang jemur kain."
 
-"Mat, boleh tak Mat jemput ayah kat lapangan terbang esok?Ayah ade meeting kat KL.."
-"Errrmmm.......ermm.....ala ayah...Mat kerja esok..Jauhlah lapangan terbang tu..nanti bos potong gaji kalau Mat ambik cuti tak bersebab"
________________
Kawan-kawan, jom malu dengan diri sendiri sebentar. Ni saya tanya soalan anda jawab dalam hati jela ye..
Ada tak Allah berkira dalam nak memberi kita nikmat dan rezeki?

“Mintalah kepadaku, nescaya Aku kabulkan”
(Surah Al-Mukmin:60)

Nah.cukup.Tu je syarat Allah. Doa, and Allah akan bagi. Doa, Allah akan bagi. Ask to Him, and He shall giveth.lol *archaic sebentar*Ada tak Allah letak syarat lain? Ada tak Allah kata sebelum mintak, kena solat 100 malam dulu, kena bertapa kat gunung 40 hari 40 malam dulu baru boleh doa?Ada tak any signs of Allah berkira dengan kita?Tidak kan. Malah,  Allah Maha Pemurah kepada semua. Tak kira kau CEO ke, Dekan ke, Islam ke, Hindu ke..Allah bagi rezeki pada semua. Nak menunjukkan bahawa Allah ni sangatlah generous, sampaikan kita niat nak buat kebajikan saja dah diambil kira.
Tapi kita..Astarghfirullah. 
Wahai akhi dan ukhti,
Kita ni sebenarnya dah dilanda sindrom “Cukuplah tu’. Kite ingat ibadah-ibadah yang kita buat selama ni dah boleh menampung bekalan kite di akhirat sampaikan tercapai dek akal kite bahawa kite boleh pilih berapa banyak ibadah yang kita nak buat sedangkan nabi sendiri tak henti-henti beribadah kerana baginda  tahu dan takut ibadah yang dilakukan tidak mencukupi nak mencium bau syurga sekalipun.Padahal nabi itu maksum. Tapi kita tidak. Nabi itu kekasih Allah. Kita hambaNya. Maka di tahap manakah kita?
Apa kata kite ubah pemikiran’ cukuplah tu’ kita tu kepada tak cukup lagi ni....tinggg!!*mentol bercahaya atas kepala*
“5 page baru?tak cukup lagi ni..”
“Ish..semalam terlepas qiam..kene topup balik ni..”
“Yeah.masa untuk meng-upgrade mutabaah amal”
Haaaa..kalau begini kan lebih comel lotte…Kita tak kedekut dengan Allah, Allah 2,3,4,1000x kali ganda pemurah dengan kita..Moga-moga apa yang saya katakan ini membuat kita berfikir semula akan segala tindak tanduk kita dalam kehidupan. Janganlah kita syok sendiri merasakan bahawa ibadah kita sudah sempurna, hati kita dah suci, akal kita sudah sihat. Wallahu'alam. =D

1 comment:

  1. it happened to me sometimes.. hahah..
    it's true iman sentiasa menaik dan menurun. anyway, thanks a lot for this piece of entry :D

    ReplyDelete